Thursday 25 July 2019

Memerlukan bantuan keperluan harian untuk anak asnaf dan anak yatim

Assalammualaikum ampun maaf.  Kepada semua yang diberkati Allah. Anak-anak  4 buah rumah cahaya kasih memerlukan bantuan barangan keperluan. Semoga yang membantu diberkati Allah dan dilimpahi rahmat serta kasih sayangNya.

Senarai barang keperluan :
Pampers Size S,M,L dan XL.
Susu tepung 1-3 tahun
Susu tepung family
Milo / choco malt
Beras
Susu pekat
Susu cair
Gula
Tepung
Cili kering
Ikan bilis
Minyak
Telur
Garam
Santan kotak
Rempah kari,  kurma(adabi)
Bawang besar/putih
Biskut
Sabun baju
Sabun pinggan
Sabun mandi
Shampu

*barangan boleh di hantar / pos ke alamat No 1 jalan nuri 7/22A seksyen 7 Kota damansara 47810 petaling. Selangor.

Sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun berikut: 562478146076 PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN CAHAYA KASIH (MAYBANK).

sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Hajar 0183168371

Segala keprihatinan dr pihak tuan/puan sangat kami hargai.  Semoga diberkati Allah.



Tawaran ibadah korban dan aqiqah

Assalamualaikum wbt
📌 *Ibadah Korban Amal Untuk Anak Yatim, Fakir Dan Asnaf Zakat 2019*

Kepada : Dato’, Datin, Tuan, Puan, Cik,

🔹Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk, kami Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Cahaya Kasih (PKPCK) menawarkan Pakej Ibadah Qurban Amal yang akan dianjurkan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1439H bersamaan dengan 11 ogos 2019.
🔹Daging korban yang telah disembelih akan diagih2kan kepada anak yatim, ibu tunggal, dan golongan yang layak menerima zakat seperti muallaf, fakir miskin, sekolah agama yang telah kami kenal pasti.
🔹Bersama ini pakej yang pihak kami sediakan :
❣Harga satu bahagian daripada seekor lembu : *RM690.00* *🐂*
❣Harga untuk seekor lembu : *RM4830.00* *🐂*
❣Harga untuk seekor kambing : *RM950.00* *🐐*

🔹Segala lebihan dari pakej ini akan dimasukkan ke dalam Tabung amal PERTUBUHAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN CAHAYA KASIH(PKPCK)  yang kini amat memerlukan bagi menampung keperluan Pusat Kebajikan Kami. Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian berikut :
❣Pn Hajar: 018-316 8371/013-4856 913
❣En Muaz: 010-389 3158
🔹Akhir kata, PKPCK mengalu2kan kerjasama semua pihak yang ingin membahu di dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik dan berada dalam kesusahan.
🔹Semoga ibadah Qurban yang dilakukan diterima Allah Taala dan diberkatiNya.
Sekian, Terima kasih.
📌Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: *“Perbesarkanlah Qurban kamu kerana ianya akan menjadi tunggangan ketika kamu meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat kelak”*
📌Segala urusan tempahan korban boleh dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh program.

Yang berusaha,
Siti Hajar Sulaiman
Pengurus Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Cahaya Kasih
Untuk:Projek Ibadah Qurban Amal 2019)

Monday 18 March 2019

Makluman perpindahan rumah cahaya kasih

Assalammualaikum wbt.
Rumah cahaya kasih di bawah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih telah berpindah ke alamat baru di No 1 jalan nuri 7/22A seksyen 7, Kota Damansara.
Rumah ini mempunyai penghuni dari anak-anak yang berumur 4-12tahun.

Sebarang urusan boleh menghubungi Puan hajar 0183168371.

Terima kasih.
Semoga semuanya di dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah.

Thursday 21 June 2018

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Selamat hari raya dari kami warga Rumah Amal Cahaya Kasih. Kami memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap dalam setiap kata-kata dan tingkah laku kami yang menyinggung hati.  Semog lebaran kali ini di sambut dengan kemenagan dan menjadi orang yang bertaqwa.

Kepada sesiapa yang ingin mengadakan rumah terbuka (open house)  atau sebarang majlis aqiqah, kenduri kahwin dan lain-lain boleh menjemput anak-anak ini.  Sebarang jemputan boleh menghubungi Pn Ain 0182393631 Pn Hajar 0183168371.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dan bersama-sama dalam memastikan kebajikan anak-anak ini terbela boleh lah di salurkan ke akaun *PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN CAHAYA KASIH No:562478146076 (Maybank)*

"Semoga setiap usaha yang diberikan mendapat keberkatan Allah dan kekasih-kekasihnya."